Jelajah Kelas Asas Ict [Asas Ict & Microsoft Word] & Kdb (Penyalahgunaan Internet) Di Sk Pesang Begu

20 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Oktober 2018, PI Kg Braang Bayur telah mengadakan Jelajah Kelas Asas ICT & KDB di SK Pesang Begu yang disertai oleh 18 peserta pelajar Tahun 6. Program ini berlansung pada pukul 9:00 pagi hingga pukul 12:00 tengahari serta seorang staff sokongan PI Bengoh sertai kami. Program bermula dengan ceramah Klik dengan Bijak-penyalahgunaan Internet iaitu buli siber, berkongsi secara berlebihan, penyebaran maklumat palsu dan permainan dalam talian. Selain itu, kami kongsikan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan di Pusat Internet.

Kelas asas ICT bermula dengan memperkenalkan fungsi-fungsi komputer, papan kekunci, tetikus, CPU, printer dan banyak lagi. Kali ini kami ketengahkan kelas menaip mengunakan perisian Microsoft Word dengan memberi tugasan menaip lagu sekolah mereka. Kemahiran menaip ini sangat berguna terutamanya untuk membuat tugasan sekolah mereka nanti. Melalui program ini kami dapat perkenalkan fungsi pusat internet itu sendiri dan manfaatnya kepada masyarakat sekitarnya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali